BELAJAR @ UMS

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Asasi kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Ijazah Sarjana Muda kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Master kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Kedoktoran kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Pelajar Antarabangsa kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program UMSFLEC kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

 

 

PENYELIDIKAN & INOVASI

Institut Penyelidikan

Pusat dan Unit Penyelidikan

Pencapaian Penyelidikan

Kemudahan Penyelidikan

Suapan tidak dijumpai

 SOROTAN UMS


Memahami Peranan Bahagian Integriti UMS Secara Tuntas

02 September 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 15/2025] Dikeluarkan oleh: Bahagian Integriti UMS Peranan Bahagian Integriti: Memastikan Kepatuhan dan Ketelusan Bahagian Integriti UMS berfungsi selaras dengan mandat yang digariskan oleh Akta 605 Akta Badan-Badan...

Ketelusan Itu Kuasa: Mendorong Kepercayaan Dan Prestasi

29 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 13/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Ketelusan bukan sekadar prinsip pengurusan, tetapi satu kuasa yang mampu membentuk kepercayaan, memperkukuh prestasi dan mencerminkan nilai integriti sesebuah...

Integriti Bermula Dengan Saya: Menanam Nilai, Mencipta Kepercayaan

28 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 12/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Integriti bukan sekadar nilai organisasi, tetapi asas penting yang menentukan arah dan kejayaan sesebuah institusi. Poster 'Integriti Bermula Dengan...

Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS): Saluran Alternatif Mencari Keadilan

26 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 11/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) merupakan satu inisiatif penting kerajaan Malaysia dalam usaha menegakkan keadilan bagi mangsa gangguan seksual....

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja: Jangan Berdiam Diri Anda Dilindungi Oleh Undang-Undang

25 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 10/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Bayangkan anda melangkah ke tempat kerja dengan semangat dan harapan untuk menyumbang serta berkembang dalam kerjaya. Namun, semua itu...

Amanah Minda, Maruah Bangsa: Menjaga Nadi Tadbir Urus Universiti

22 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 8/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Pendahuluan: Di Pintu Gerbang Harapan Setiap tahun, ribuan anak muda melangkah masuk ke pintu gerbang universiti awam kita. Mereka...

Tatakelola Atau Bencana: Di Persimpangan Mana Kita Berada?

21 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 7/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Pendahuluan: Sebuah Persimpangan Kritikal Setiap bangsa akan tiba di satu persimpangan kritikal dalam perjalanannya, di mana pilihan yang dibuat...

Meningkatkan Kecekapan Operasi Institusi Pendidikan Tinggi dengan Pendekatan ESSA

20 Ogos 2025

Oleh Profesor Ir. Dr. Nurmin Bolong Pengarah Pusat Pengurusan Strategik UMS (Pensyarah Program Kejuruteraan Awam UMS) Dalam era pendidikan tinggi yang semakin dinamik, mencabar dan berdaya saing, universiti perlu memperbaiki...

Integriti Dalam Pengurusan: Kunci Kepercayaan dan Kejayaan

19 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 5/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Dalam dunia kerja hari ini yang makin mencabar, integriti bukan lagi sekadar kata-kata manis dalam dasar organisasi. Ia adalah...

Integriti: Ujian Sejati Bila Tiada Siapa Sedang Melihat

18 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 4/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Bayangkan situasi ini: anda sedang bekerja lewat malam di pejabat, seorang diri. Tiba-tiba, ternampak sampul coklat atas meja mesyuarat....

Penglibatan Politik Warga Universiti: Antara Hak dan Hukuman

15 Ogos 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 10/2025] Oleh: Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Sebagai penjawat awam dalam institusi pendidikan tinggi, warga universiti perlu memahami bahawa penglibatan politik bukanlah ruang kebebasan mutlak. Ia...

Aduan Integriti: Tanggungjawab Bersama Membina Masyarakat Berintegriti

25 Julai 2025

Oleh : Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Integriti merupakan asas kepada pembangunan sesebuah organisasi yang lestari dan adil. Dalam konteks UMS, budaya melaporkan kes integriti, rasuah dan salah laku...

Rangkuman Berita: Di Luar Norma (Isu 12/2025)

Rangkuman Berita: Di Luar Norma (Isu 12/2025)

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: Bahagian Integriti UMS Rangkuman Berita: DiLuar Norma >...

Rehabilitasi Skoliosis

Rehabilitasi Skoliosis

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital UMS Skoliosis boleh memberi...

Pertandingan Reka Cipta (PEREKA 2025): Registration Extended Until 12 September 2025

Pertandingan Reka Cipta (PEREKA 2025): Registration Extended Until 12 September 2025

on 04 September 2025

Announcement From: Innovation and Commercialisation Management Centre 🚨✨ IMPORTANT ANNOUNCEMENT!...

Program Train & Place: Memperkasa Penjagaan Kesihatan Komuniti

Program Train & Place: Memperkasa Penjagaan Kesihatan Komuniti

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan 🚀 Bersama kita...

Program Terapi Seni Sempena Cuti Sekolah

Program Terapi Seni Sempena Cuti Sekolah

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi dan Pendidikan Sempena cuti sekolah ini,...

Pencarian Timbalan Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha

Pencarian Timbalan Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: Kolej Kediaman Tun Mustapha

Majlis Bacaan Yasin & Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS 1447H/2025M

Majlis Bacaan Yasin & Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS 1447H/2025M

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS MAJLIS BACAAN YASIN & DOA...

Pencarian Calon Wakil UMS ke Anugerah Keusahawanan KPT 2025 (AKKPT 2025)

Pencarian Calon Wakil UMS ke Anugerah Keusahawanan KPT 2025 (AKKPT 2025)

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan PENCARIAN CALON WAKIL...

Ketelusan Itu Kuasa

Ketelusan Itu Kuasa

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: Bahagian Integriti UMS Ketelusan Itu Kuasa: Mendorong Kepercayaan...

Integriti Bermula dengan Saya

Integriti Bermula dengan Saya

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: Bahagian Integriti UMS Integriti Bermula Dengan Saya: Menanam...

Meniti Cakerawala 2.0: The Science & Romance of the Cosmos Bersama Astrophysicist Tan Sri Mazlan Othman

Meniti Cakerawala 2.0: The Science & Romance of the Cosmos Bersama Astrophysicist Tan Sri Mazlan Othman

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: U-Science UMS 🌌 MENITI CAKERAWALA 2.0 🌌 The...

Notis Gangguan Perkhidmatan Sementara Pusat Rawatan Warga UMS

Notis Gangguan Perkhidmatan Sementara Pusat Rawatan Warga UMS

on 04 September 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Rawatan Warga

Berita

Rencana

Hebahan

 KAMPUS @ UMS


SABAH MAJU JAYA – KOMITMEN KERAJAAN HARAPAN RAKYAT

 

Oleh: Profesor Dr. Rasid Hj. Mail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah

Di bawah slogan Sabah Maju Jaya (SMJ), jentera pentadbiran Ketua Menteri Sabah telah menyediakan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021-2025. Walaupun belum dimasyhurkan secara rasmi, rakyat Sabah telah mula memperkatakannya. Sebagai rancangan yang mengangkat kepentingan pembangunan negeri Sabah melalui usaha pemulihan ekonomi yang terjejas disebabkan pandemik Covid-19, ia dilihat sebagai sinar harapan untuk memperbaiki kualiti hidup masyarakat di negeri ini. 

Walaupun kerajaan baharu di bawah pimpinan Ketua Menteri menghadapi cabaran getir dengan isu pandemik Covid-19 dan masalah banjir, isu pemulihan ekonomi dan kualiti hidup masyarakat telah mendapat perhatian khusus. Keprihatinan terhadap masyarakat luar bandar, kelompok yang paling terkesan dalam kelembapan ekonomi dalam dan luar negara merupakan jalur yang sangat dihargai dalam warna-warni cabaran pemerintahan kerajaan baharu ini.

Dari sudut ekonomi, langkah strategik memfokuskan kepada aktiviti pertanian dilihat sebagai keputusan bijak memilih sektor yang produktif. Bukan sahaja ia akan menghasilkan bahan keperluan penduduk tetapi menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk yang ramai kehilangan punca pendapatan disebabkan pandemik Covid19. Dari sudut persaingan bandingan, sektor pertanian merupakan kelebihan dan kekuatan negeri Sabah yang sekian lama tidak dioptimumkan sepenuhnya.

Keluasan kawasan, kesuburan tanah, polisi dan dasar kerajaan, sistem sokongan, demografi masyarakat agraria, ekosistem pasaran dan lain-lain merupakan anugerah dan potensi yang masih belum diteroka sepenuhnya. Berdasarkan elemen ini, hasrat SMJ mengangkat tema pertanian dalam agenda membangun negeri Sabah perlu mendapat perhatian dan komitmen dari sektor kerajaan, sektor swasta dan sektor ketiga.

Bagi maksud tersebut, agenda mewujudkan ekosistem yang kondusif perlu mendapat perhatian khusus. Di UMS umpamanya, usaha memperkasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mengeluarkan tenaga mahir, terlatih dan berkelayakan sedang dipergiat. Salah satu daripadanya ialah penawaran program pengajian Asasi Pertanian kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya dalam kalangan calon luar bandar dan B40 di negeri ini.

Program ini terbuka kepada lulusan SPM aliran sains dan sastera untuk mengikuti program selama dua tahun sebelum memasuki program pengijazahan Sarjana Muda Sains Pertanian. Matlamat utama adalah untuk mendapatkan dan menghasilkan calon pelajar yang betul-betul berminat dalam bidang pertanian, menghayati kepentingan dan potensi pertanian sebagai perniagaan. Bukan hanya untuk mengikis stigma kurang popular mengenai status sosial graduan dan pekerjaan sektor pertanian, tetapi juga melahirkan graduan yang lengkap dengan pengetahuan dan penguasaan teknologi yang perlu untuk perladangan, pertanian persis (precision farming) dan pengurusan moden.

Pada masa ini terdapat 27 pelajar kelompok pertama Asasi Pertanian yang menjadi pelopor langkah strategik ini. Mereka akan melalui program pengajian unik selama dua tahun yang digubal atas nasihat dan input industri, termasuk penempatan secara sepenuh masa selama enam bulan di ladang pertanian dan penternakan. Program ini sesungguhnya merupakan sumbangan UMS kepada agenda memperkasa sektor pertanian sebagai platform SMJ.

Kehadiran dan penyertaan pelabur institusi dan individu dalam agenda SMJ juga merupakan pemboleh ubah yang mendapat perhatian istimewa. Bagi rakyat negeri Sabah, semasa kemelut pandemik Covid-19, pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebimbangan mengenai kelestarian bekalan makanan serta isu lambakan hasil pertanian adalah pengajaran yang sangat berguna. Justeru, kecenderungan pelabur untuk menyertai sektor yang lebih selamat dan lestari seperti pertanian dan perladangan merupakan peluang yang telah dimanfaatkan kerajaan negeri Sabah.

Berbanding dengan sektor lain seperti pembuatan dan pelancongan, ternyata sektor pertanian lebih mandiri dalam keadaan pemulihan ekonomi dan ketidaktentuan pada hari ini. Hatta, dalam situasi pandemik, darurat dan isu keselamatan, sektor pertanian ternyata lebih lestari kepada rantaian nilai pengeluar, pembekal, peruncit dan pengguna serta pengurusan keselamatan makanan oleh pihak pemerintah. Hari ini, ramai yang mula menyedari status fundamental dan nilai sentimental sektor pertanian.

Oleh hal yang demikian, cakna kerajaan negeri kepada keperluan ekosistem yang mesra pelabur merupakan kunci kejayaan SMJ. Sikap terbuka, telus dan prihatin kerajaan negeri telah membuka ruang dan kesanggupan para pelabur untuk bersama menyumbang kepada agenda SMJ. Diharapkan jentera kerajaan yang ada dari pelbagai agensi negeri dan pusat dapat menjiwai dan mendokong hasrat SMJ ini dengan memudah cara urusan para pelabur.

Manakala di pihak rakyat sendiri seharusnya keperitan dan dugaan getir sepanjang PKP dapat menyuntik semangat untuk lebih bersedia menyerap perubahan. Kekuatan utama kerajaan negeri dan teras agenda SMJ adalah rakyat sendiri. Sudah sampai masanya golongan petani memanfaatkan kemudahan dan bantuan pelbagai agensi dengan bersungguh-sungguh.

Kebergantungan total kepada subsidi dan insentif mungkin perlu dikurangkan secara beransur-ansur. Kemampuan kerajaan untuk membiayai sektor sosial sudah tentu akan berkurang secara mutlak mahupun secara relatif. Apatah lagi dengan perubahan persekitaran dan ketidaktentuan yang semakin sukar diramal. Sudah tentu kapasiti pembiayaan kerajaan terpaksa diagih-agihkan di antara sektor yang kritikal seperti sektor kesihatan, pertahanan dan pendidikan.

Golongan belia selaku golongan paling ramai dan paling produktif dalam kalangan penduduk negeri ini sepatutnya sudah mula mengorak langkah, seiring dengan aspirasi pelaksanaan SMJ. Mereka perlu memahami dan menghayati aspirasi kepimpinan baharu melalui wadah SMJ. Apa yang sedang diusahakan kerajaan sesungguhnya demi kelangsungan masa hadapan golongan muda. Pengajaran dan pengalaman meladeni PKP sudah cukup untuk golongan muda ini menyedari perlunya transformasi minda dan kesedaran kendiri.

Kesungguhan usaha transformasi kerajaan melalui SMJ sesungguhnya tertumpu kepada penyediaan pelantar untuk golongan muda ini mencorakkan masa hadapan mereka membangunkan negeri Sabah bagi meneruskan perjuangan pemimpin yang akan meninggalkan legasi.

PERISTIWA AKAN DATANG

FOLLOW US @

QUICK LINKS

OTHER LINKS