RABU, 8 FEBRUARI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan apabila mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi pengambilan pelajar antarabangsa seawal bulan Februari 2017.
Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa (PHEA) UMS, Molly Donna Datuk Awang Sham berkata, pencapaian itu melangkaui jumlah 850 pelajar antarabangsa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam KPI UMS bagi tahun ini.
“Penambahan seramai 137 pelajar antarabangsa yang mendaftar pada Februari menjadikan jumlah keseluruhan pelajar antarabangsa UMS seramai 881 berbanding 744 sebelum ini.
“Ia sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus jika dibandingan dengan jumlah pelajar pada tahun lalu,” katanya.
Molly berkata demikian ketika ditemui pada hari pertama pendaftaran pelajar antarabangsa bagi pengambilan Februari di Perpustakaan UMS, hari ini.
Tambah beliau, pada sesi pendaftaran itu, UMS menerima pelajar antarabangsa dari sepuluh negara iaitu Brunei, Indonesia, Thailand, Laos, Myanmar, Bangladesh, Timor Leste, Nepal, China dan Chad.
Taklimat akademik dan Majlis Suai Mesra akan diadakan pada 10 Februari ini.



SELASA, 7 FEBRUARI - Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Jawatankuasa Kebajikan, Sukan, Rekreasi dan Libatsama Masyarakat (KARIB), Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) menyalurkan bantuan bernilai RM6,000 kepada mangsa banjir di Kota Marudu dan Pitas baru-baru ini.
SELASA, 7 FEBRUARI – Kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) disaran agar meningkatkan dan mempelbagaikan kemahiran dalam bidang tugas masing-masing bagi mendepani cabaran semasa universiti.
ISNIN, 6 FEBRUARI – Program Malaysian Professional Prospect Convention (MyProspec) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kelab Rakan Pustaka UMS dan Syarikat Youth Challenge (YC) baru-baru ini mampu membantu dalam membangunkan potensi diri belia tempatan dalam memilih kerjaya yang akan diceburi kelak.
JUMAAT, 3 FEBRUARI - Semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diingatkan agar sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diamanahkan.