JUMAAT, 24 FEBRUARI – Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjayakan Retreat Fakulti bersama ketua-ketua program dan kakitangan pentadbiran fakulti baru-baru ini.
Bertempat di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, program itu antara lain bertujuan membincangkan segala perancangan fakulti sebagai persediaan menghadapi semester baharu kemasukan pelajar.
Dekan FPEP, Prof. Madya Dr. Raman Noordin ketika berucap berkata, semua staf harus lebih fokus terhadap segala perancangan yang telah dibincangkan bagi mencapai sasaran program atau unit yang telah ditetapkan fakulti.
“Setiap staf fakulti memainkan peranan penting bukan sahaja untuk berkhidmat kepada pelanggan utama, iaitu pelajar, bahkan juga kepada masyarakat umum dan negara secara keseluruhannya,” ujar beliau.
Lebih 20 kakitangan FPEP terlibat dalam program selama dua hari itu.
Turut hadir, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Prof. Dr. Rasid Mail, Timbalan Dekan FPEP, Dr. Kamisan Pusiran dan Timbalan Pendaftar FPEP, Sarlona J. Gindug.
Sumber: Jakaria Dasan, FPEP



KHAMIS, 23 FEBRUARI – Seramai 408 siswa-siswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima bantuan zakat yang diagihkan oleh UMS.
KHAMIS, 23 FEBRUARI – Kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) disaran mempelbagaikan lagi kemahiran di luar tugas hakiki yang dijalankan setiap hari bagi membantu perkembangan diri serta organisasi secara keseluruhannya.
KHAMIS, 23 FEBRUARI - Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) telah menganjurkan Program Simulasi Umrah baru-baru ini.
FRIDAY, 17 FEBRUARY – The Faculty of Humanities, Arts and Heritage (FKSW) recently held an Akademic Retreat to refine the Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) MQA-02 documentation held at the Postgraduate Centre Auditorium, Universiti Malaysia Sabah (UMS).