- Jumlah paparan: 18
UMS, FGV Anjur Seminar Talk Series 2, Kongsi Potensi Industri Orkid Bernilai Tinggi
Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Felda Global Ventures (FGV) menganjurkan Mini Seminar Talk Series 2 bagi berkongsi pengetahuan industri serta mengetengahkan potensi orkid sebagai tanaman bernilai tinggi dalam sektor pertanian negara.
Program anjuran Fakulti Pertanian Lestari (FPL) UMS dengan kerjasama Kursi Akademik FGV UMS tersebut berlangsung di Kampus Sandakan UMS, dan menghimpunkan lebih 300 penyertaan daripada pelajar dan kakitangan fakulti.
Pemegang Kursi Pengurusan Kelestarian Kelapa Sawit FGV UMS, Profesor Madya Dr. Suzan Benedick berkata penganjuran seminar bertujuan mengukuhkan pemindahan ilmu antara industri dan akademia.
“Pendekatan seumpama ini penting bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai keperluan sebenar industri serta peluang keusahawanan dalam sektor pertanian bernilai tinggi,” katanya.
Seminar tersebut menampilkan Pengarah Urusan Hexagon Green Sdn. Bhd. dan Hexagon Green Biotech Sdn. Bhd., Dr. Md. Yusof Husin yang berkongsi pengalaman lebih lima dekad dalam bidang entomologi dan pertanian komersial.
Menurut Yusof, industri orkid berpotensi menjana pulangan tinggi dan mendapat permintaan kukuh dari pasaran antarabangsa termasuk Timur Tengah, Amerika Latin, Eropah Timur dan Asia.
“Penglibatan generasi muda dalam industri orkid masih rendah dan perlu diperkasakan bagi memastikan kelangsungan sektor orkid komersial di Malaysia,” katanya.
Beliau turut menyentuh cabaran utama sektor pertanian menjelang 2050 termasuk perubahan iklim, serangan penyakit dan perosak serta kekangan keluasan tanah pertanian.
“Berdasarkan data dari pengusaha tempatan di Malaysia, terdapat 10 jenis tanaman bernilai tinggi termasuk orkid, pisang tanduk, mangga, durian Musang King dan Duri Hitam, strawberi, kelapa matag, fig, nanas MD2, vanila dan halia Bentong.
“Tanaman tersebut berpotensi menjana pulangan antara RM100,000 hingga RM1.5 juta bagi setiap ekar setahun,” ujarnya.
Sebagai susulan, wakil fakulti dan pelajar pascasiswazah turut mengadakan lawatan balas ke ladang orkid Dr. Md. Yusof bagi meninjau aplikasi teknologi dan kaedah penanaman orkid secara komersial.



Usaha memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam bidang kimia, terus diperkukuh menerusi penganjuran Karnival Kimia Malaysia (K2M) 2025 Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin baru-baru ini.
Inovasi dalam pembangunan aquafeed atau makanan akuakultur merupakan asas penting dalam memastikan keterjaminan makanan, kelestarian sektor akuakultur serta daya maju ekonomi biru negara.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) menegaskan komitmen tinggi universiti dalam merakyatkan ilmu pengetahuan melalui program sains, teknologi dan inovasi (STI) yang dilaksanakan secara inklusif di seluruh Sabah.
Program Asnafpreneur Sabah Bank Rakyat-UMS 2.0 menjadi platform strategik merapatkan jurang akses modal, ilmu perniagaan, teknologi dan pasaran dalam kalangan usahawan asnaf di Sabah, sejajar usaha membangunkan komuniti yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing.