Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh komitmennya terhadap pendidikan inklusif dan hak kesaksamaan dengan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia 2025 baru-baru ini.
Bertemakan “Ke Arah Masa Depan Inklusif: Memperkasa Hak, Pendidikan dan Kerjaya Orang Kurang Upaya”, program ini menekankan kepentingan kepimpinan dan penglibatan aktif komuniti OKU dalam pembangunan negara, selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor ketika merasmikan sambutan tersebut di Auditorium Pascasiswazah, UMS berkata, tema sambutan itu amat signifikan kerana mengiktiraf kepimpinan dan kebijaksanaan golongan OKU dalam mengurus diri, masyarakat dan negara.
“Golongan OKU yang berpendidikan tinggi, berkemahiran dan berintegriti mampu menjadi pemimpin berjiwa rakyat dan membawa perspektif unik yang memperkayakan proses pentadbiran, pembuatan dasar dan penyelesaian masalah sosial.
“Kita telah melihat ramai tokoh OKU yang menonjol dalam pelbagai bidang, sama ada sebagai ahli akademik, teknokrat, aktivis sosial, usahawan, malah juga ahli politik.
“Kejayaan mereka menjadi manifestasi bahawa kepimpinan sejati tidak bergantung kepada kesempurnaan fizikal, tetapi kepada kebijaksanaan, daya tahan dan keikhlasan hati,” katanya.
Beliau menambah, pendidikan merupakan kunci utama untuk memperkasa OKU agar mereka mampu berdiri sebagai pemimpin dalam komuniti dan negara.
“Kita mahu melihat lebih ramai pelajar OKU yang aktif dalam kepimpinan pelajar, berani menyuarakan pandangan, menjadi inovator dan pencipta teknologi bantu, serta menjadi model inspirasi kepada rakan sebaya.
“Hanya dengan memberi ruang kepada kepimpinan OKU di peringkat pelajar dan profesional, kita dapat membina masyarakat yang benar-benar menyantuni perbezaan dan menghargai keupayaan,” ujar beliau.
Pelbagai aktiviti interaktif dan pameran bertemakan inklusiviti turut diadakan sempena sambutan tersebut bagi memperkukuh komitmen UMS ke arah pembentukan kampus mesra OKU, sejajar dengan prinsip Leave No One Behind dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin; Pengarah PPOKU, Dr. Zaiton Hj. Mohamad; dan Pengarah Program Hari OKU Sedunia 2025, Dr. Fatimah Sabrina Mohammad



Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencapai satu lagi kejayaan membanggakan apabila 15 saintis universiti itu tersenarai dalam kelompok dua peratus teratas Saintis Terbaik Dunia 2025.
A total of 658 participants and 20 presenters from 17 countries attended the Global Virtual Conference on Digital Transformation in Higher Education (DX25), organised by Universiti Malaysia Sabah (UMS) at the Sabah International Convention Centre (SICC) recently.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkukuh jaringan antarabangsa melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Hainan University (HNU) China, baru-baru ini.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), serta Pusat Pengurusan Eco-Farm menganjurkan Program Living Lab UMS Bersama Komuniti Kampung Tempasuk I bagi memindahkan ilmu dan teknologi terkini kepada masyarakat setempat.