JUMAAT, 03 OGOS - Seramai 150 pelajar calon peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Malawa, Kota Kinabalu menyertai program Selangkah Ke Menara Gading yang dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan sekolah tersebut kelmarin.
Guru Besar Cemerlang SK Malawa, Judin Diana berkata, program sehari yang diadakan di kampus UMS itu bertujuan meningkatkan semangat para pelajar untuk memasuki universiti di samping mendorong untuk meraih pencapaian cemerlang dalam peperiksaan sehingga menjejakkan kaki ke menara gading kelak.
“Antara pengisian program termasuk lawatan sambil belajar ke beberapa kawasan dalam universiti seperti Perpustakaan, Akuarium dan Muzium Marin, Pantai Pusat Pembangunan Luar (ODEC) dan Institut Biologi Tropika dan Perhutanan,” katanya ketika ditemui media semasa program.
Beliau berkata para pelajar turut mendengar sesi ceramah motivasi bertajuk “Malu Bertanya, Sesat Jalan” yang disampaikan Timbalan Dekan (Kebajikan Pelajar) Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS, Dr. Jakaria Dasan.
“Kesemua pelajar nyata begitu bersemangat mendengar motivasi ini yang menggalakkan para pelajar untuk berani bertanya kepada guru-guru sekiranya sesuatu topik dalam pelajaran kurang difahami,” tambah Judin.
Pada ceramah tersebut Dr. Jakaria memaklumkan bahawa kajian mendapati bahawa antara punca kegagalan pelajar memahami dengan jelas topik-topik pelajaran yang diikuti adalah kerana kurang bertanya dengan kata lain pelajar bersikap pasif.
Untuk itu katanya, usaha perlu dilakukan bagi mewujudkan suatu suasana interaktif antara guru dan murid dan antara murid dengan murid.
“Pelajar perlu digalakkan untuk membina soalan dari topik yang diberikan guru. Daripada soalan itu, pelajar perlu menyediakan jawapan-jawapan yang bersesuaian dan berinteraksi sesama mereka dalam satu sesi soal jawab.
“Kaedah ini mampu menjadikan pelajar berasa lebih yakin dan bermotivasi untuk mengutarakan soalan-soalan yang lebih berkualiti kelak,” katanya.
Hadir sama pada program tersebut Penolong Kanan Pentadbiran SK Malawa, Ainah Hj. Damit, kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UMS dan 16 Guru Pengiring SK Malawa.



KHAMIS, 02 OGOS - Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Taman-Taman Sabahmenganjurkan Program Pendidikan Alam Sekitar Berasaskan Cendawan Taman Kinabalu 2018 di Taman Kinabalu baru-baru ini.
KHAMIS, 2 OGOS - Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menjayakan Retreat Akademik yang melibatkan pengurusan fakulti, ketua program dan wakil dari pusat kecemerlangan universiti yang terlibat.
KHAMIS, 2 OGOS – Pusat Minda Lestari (PML) Universiti Malaysia Sabah (UMS) buat julung kalinya telah menyertai pameran berkaitan pendidikan awal kanak-kanak bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Pacific Early Childhood Education Research Association (PECERA) 2018 di Hotel Hilton, Kuching, Sarawak baru-baru ini.
RABU, 01 OGOS - Program Sembang Santai Teh Tarik Bersama Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin menjadi medan ramah mesra dan perkongsian idea secara santai dalam kalangan Pegawai-pegawai Kanan UMS hari ini.