JUMAAT, 20 JULAI – Kira-kira 300 orang peserta turun padang bagi menjayakan program Gotong Royong Pembersihan Pantai UMS “Beach Clean Up” di Pantai ODEC UMS, kelmarin.
Program anjuran Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melibatkan kakitangan dan pelajar UMS, selain turut disertai beberapa orang peserta luar.
Menurut Penyelaras Program, Prof. Madya Dr. Abentin Estim, acara pembersihan pantai UMS yang bermula pada jam 4.00 petang itu merupakan pembuka tirai kepada beberapa aktiviti dalam program Marine Biodiversity Awareness Week 2018 anjuran IPMB yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 Julai akan datang.
“Acara sebegini dapat menyatupadukan warga UMS khasnya pelajar UMS bersama kakitangan UMS sekali gus mewujudkan ikatan silaturahim yang erat serta menyumbang kepada suasana persekitaran yang bersih dan nyaman,” katanya.
Hadir sama Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin; Pendaftar UMS, No’man Ahmad; dan Pengarah IPMB, Prof. Dr. Rossita Shapawi.



KHAMIS, 19 JULAI – Bengkel “Early Childhood Music Level II” anjuran bersama Program Muzik Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS); Unit Penyelidikan Warisan Borneo UMS; dan The Music Place yang mengaplikasikan pendekatan bertaraf dunia amat sesuai dilaksanakan dalam pembelajaran muzik di peringkat perkembangan awal kanak-kanak.
RABU, 18 JULAI – Seramai 63 pelajar Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu menyertai Bengkel Tahsin Solat yang berlangsung di Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.
SELASA, 17 JULAI - Kira-kira 2,000 peminat bola sepak membanjiri Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2018 antara Perancis dan Croatia Ahad lalu.
SELASA, 17 JULAI - Seramai 30 peserta mengambil bahagian dalam “Kursus Cendawan Toksik di Sabah: Pengenalan dan Pengurusan” anjuran Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.