SELASA, 13 JUN - Seramai 60 orang peserta menyertai Kursus dan Latihan Kepimpinan (Kilap) anjuran comittee of Financial and Banking Management Club (FMBC) sesi 2016/2017 baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FMBC, kesemua peserta terdiri daripada pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 Program Pengurusan kewangan dan Perbankan HE06.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pengenalan terhadap tatacara penulisan proposal yang berkesan, ceramah teknik membuat latihan proposal, ceramah bertajuk ‘Hala Tuju Mahasiswa Semasa dan Selepas Universiti’, serta beberapa aktiviti membina kesepakatan dan hubungan dalam kumpulan peserta.
Bertempat di Dewan Kuliah Pusat 29, program tersebut antara lain bertujuan memberi pengenalan awal kepada peserta yang bakal menggantikan ahli jawatan kuasa FMBC pada sesi yang akan datang.
Program itu telah dilaksanakan dengan bimbingan daripada presiden dan timbalan presiden FMBC yang banyak memberi tunjuk ajar kepada ahli jawatankuasa pelaksana Kilap.
Sumber: Financial and Banking Management Club



ISNIN, 12 JUN - Kelab Green Team di bawah naungan Kelab Kewangan dan Perbankan HE06 baru-baru ini mengadakan program berkaitan kebersihan pantai bertempat di Pantai ODEC, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
ISNIN, 12 JUN - Lentera Tari Kolej Kediaman E, Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Program Fitness Dance 3.0 sebagai usaha untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat ke arah melahirkan individu yang cergas dan cerdas sekali gus memupuk semangat kekitaan antara pelajar, kakitangan universiti dan masyarakat awam.
JUMAAT, 9 JUN - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Fama Negeri Sabah sekali lagi menganjurkan Bazar Ramadan My Best Buy UMS yang bermula sejak 27 Mei sehingga 25 Jun 2017, di Padang Kawad UMS.
JUMAAT, 9 JUN – Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, Jabatan Bendahari melalui Kelab Kakitangan Jabatan Bendahari menganjurkan majlis Tazkirah Ramadan di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Aras 3, Bangunan Canselori, pagi tadi.