- Jumlah paparan: 1170
MaDICT Malaysia - FKI UMS anjur CSR di SMESH, beri pendedahan bidang Sains Komputer
KOTA KINABALU – Majlis Dekan ICT (MaDICT) Malaysia dan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program Komuniti (CSR) di Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH), di sini, baru-baru ini.
Dekan FKI, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hanafi Ahmad Hijazi berkata, program itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tingkatan empat dan lima tentang kepentingan, peluang dan kelebihan kerjaya dalam bidang Sains Komputer.
“Ia juga sebagai usaha mempromosi program-program akademik Sains Komputer yang ditawarkan di Universiti Awam (UA), serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia.
“Pihak MaDICT mengharapkan lebih ramai pelajar-pelajar cemerlang memilih bidang ICT sebagai laluan kerjaya bagi memenuhi keperluan tenaga dan kepakaran dalam bidang tersebut pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi MaDICT Prof Dato’ Dr. Bahari Belaton, Ahli-ahli MaDICT, dan Guru Kanan Mata Pelajaran merangkap Ketua Guru Bidang Sains dan Matematik SMESH Nurul Fatimah Muhd Chaerun.
Pada program tersebut, Pusat U-Science UMS turut berkongsi aktiviti berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada para pelajar. Antaranya, demonstrasi pengawalan dron dan persembahan kereta robotik.
Dalam perkembangan berkaitan, Hanafi memaklumkan rombongan MaDICT turut mengadakan bengkel dan mesyuarat di UMS bagi membincangkan isu-isu dalam kalangan pelajar ICT.
“Dalam mesyuarat ini, ahli-ahli majlis dari 20 UA berkongsi pengalaman dan kepakaran ke arah menangani cabaran untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan bidang ICT dan penarafan subjek Sains Komputer,” jelasnya.
Untuk rekod, MaDICT ditubuhkan sebagai satu platform setiap dekan ICT UA berkongsi pengalaman, kepakaran, idea dan pengetahuan berkaitan dengan pengurusan program pengajian, akademik, penyelidikan, penerbitan, libatsama komuniti/industri dalam bidang berkaitan ICT.



KOTA KINABALU: Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Sesi Interaksi bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly, di sini kelmarin.
KOTA KINABALU: Seramai 500 peserta menjayakan Program Webinar Generational End Game Anti Rokok (GEGAR) Kampus anjuran Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, baru-baru ini.
KOTA KINABALU: Pelbagai pihak terus menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dengan beraneka aktiviti termasuklah mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah.
KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertekad untuk terus memperbaiki kedudukan penarafan bintang dalam Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).