News Article "UMS-SPRINT Module: ESG In Forming Holistic Students"

Program bersama Jabatan Perikanan


Oleh: Profesor Madya Dr. Jurry Foo (jurryfm@ums.edu.my)

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) mengambil inisiatif dalam menerapkan konsep ESG dalam pengajaran dan pembelajaran kursus kokurikulum berkredit sebagai usaha membentuk masyarakat bertanggungjawab terhadap kesejahteraan sejagat.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS menghasilkan modul UMSSPRINT-ESG (Modul Mahasiswa Prihatin UMS Alam sekitar, Sosial dan Tadbir urus).

Universiti berperanan dalam mengajar nilai ESG dengan mewujudkan persekitaran inklusif yang menghormati perspektif yang berbeza, menggalakkan tadbir urus beretika sebagai pemimpin masa depan melalui pendidikan.

Batik for SocietyModul UMS-SPRINT: ESG

ESG dalam ekosistem pendidikan adalah cara mendidik masyarakat menghargai alam sekitar dalam mencapai pembangunan mapan. Penerapan nilai ESG dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan keseimbangan antara tindakan manusia dan alam semula jadi, menggalakkan amalan mesra alam serta memupuk sikap mengutamakan tanggungjawab sosial, keterangkuman dan kepelbagaian.


memfokuskan kepada peningkatan kemahiran insaniah pelajar di samping memberi manfaat bersama dengan komuniti dan rakan pelaksana, serta pembudayaan konsep ESG dalam aktiviti kemasyarakatan. Ini selaras dengan prinsip kelestarian alam sekitar, impak sosial, dan tadbir urus beretika.

Program penanaman pokok

Sebanyak 21 program telah dirancang dan dilaksanakan dilaksanakan pada fasa 1 pelaksanaan modul ini. Misalnya program PLANTASIA  dan Kebun LESTARI yang menumpukan kepada nilai alam sekitar, Program Batik for Society dan Program Jelajah 3M yang berfokus kepada nilai sosial dan program pengenalan sistem Tagal yang menyentuh nilai tadbir urus khusus kepada pengurusan alam sekitar berasaskan komuniti.


Modul ini penting dalam membentuk masyarakat yang prihatin kepada kesejahteraan sejagat dari aspek alam sekitar, sosial dan pengurusan, kerana mahasiswa adalah bakal peneraju kepimpinan pada masa akan datang, iaitu sebagai perancang dan pembuat keputusan untuk bangsa dan negara. Bakal pemimpin ini perlu dibekalkan dengan kebolehan mengurus dan menangani isu alam sekitar dan sosial seperti perubahan iklim, kemiskinan, jantina dan ketidaksamaan sosial, keselamatan data dan privasi yang rencam.

Article Link 

Borneo Daily Bulletin