ISNIN, 6 MAC - Bagi merealisasikan gaya hidup sihat kakitangan secara berterusan, program berbentuk riadah perlu dianjurkan dengan lebih kerap dalam kalangan warga Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah berkata, penting bagi warga universiti khususnya untuk mengetahui tahap kecergasan dan kemampuan diri, selain menjaga pemakanan dan cara hidup bagi menghindari daripada diserang penyakit-penyakit kronik.
“Kakitangan seharusnya memberi ruang kepada diri sendiri untuk hadir dalam program-program berbentuk riadah yang dianjurkan, seterusnya membiasakan diri melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
“Saya menyokong peranan yang dimainkan Pusat Sukan UMS yang mengadakan aktiviti riadah pada setiap petang hari rabu minggu kedua sebanyak sebulan sekali serta mempelbagaikan aktiviti yang dianjurkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Larian Staf UMS “Yuk Cergas Staf Ceria” 2017 di Dataran Dewan Canselor baru-baru ini.
Menurutnya lagi, program larian sebegini memberi manfaat kepada kakitangan bagi mengeluarkan peluh, meningkatkan tahap kecergasan serta kesedaran akan kepentingan bersukan dalam aktiviti seharian.
“Ini sesuatu yang positif melihat kepada kategori larian pada kali ini diperbanyakkan khususnya acara Veteran agar memberi peluang kepada ramai peserta veteran menyertai dan mampu bersaing secara sihat dalam kategori umur yang ditetapkan,” ujar beliau.
Lebih 150 kakitangan UMS daripada lima kategori umur menyertai larian tersebut.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Ismail Ali dan Pengarah Pusat Sukan UMS, Mohd Asyraaf Abdullah.



KHAMIS, 2 MAC - Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan bengkel dengan tema “Meningkatkan Peranan Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah” (GP3NS) baru-baru ini.
RABU, 1 MAC - Para graduan perlu memahami personaliti dan minat diri untuk memahami bidang kerjaya yang diceburi.
SELASA, 28 FEBRUARI – Program Hari Sukan Hubungan Antarabangsa (HASUKHA) 2017 anjuran pelajar Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) berlangsung meriah di Kompleks Sukan UMS, pada Ahad.