SELASA, 15 MAC – Kedai K-Shoppe dan francais KopieSatu yang bakal diwujudkan di kampus Universiti Malaysia Sabah bakal memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami urus tadbir bidang perniagaan.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, FAMA memperuntukkan sebanyak RM75,000 untuk menubuhkan kedai K-Shoppe, yang akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Kelab Usahawan Siswazah Tani (MyAgrosis) UMS.

“Urus niaga kedai-kedai ini akan dijalankan sendiri oleh pelajar UMS, dan usaha ini bukan sahaja menambah pengetahuan dalam bidang perniagaan, tetapi turut memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan kebijaksanaan dalam mempertingkatkan kemahiran masing-masing.

“K-Shoppe adalah sebuah kedai yang menjual barangan keperluan dan boleh membawa keuntungan baik kepada pelajar mahupun kepada universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena Program Ceramah Motivasi Keusahawanan dan Pelancaran Kelab MyAgrosis UMS di Dewan Bankuasi, UMS baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan kedai KopieSatu yang berkonsepkan francais akan dibina selepas penubuhan kedai K-Shoppe.

Menurutnya, KopieSatu adalah kedai minuman kopi tempatan yang mempunyai cawangan di universiti.

“Selepas tamat pengajian, graduan yang mahu menguruskan perniagaan kedai KopieSatu akan dibantu oleh FAMA untuk berniaga,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Tan Sri Badruddin turut menyempurnakan pelancaran MyBestBuy di tapak letak kereta Bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS.

Hadir sama Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah. -MA

Foto: Musaab Umair

SELASA, 15 MAC - Seramai tujuh pelajar Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima anugerah biasiswa Repsol 2015 anjuran Talisman Malaysia (Ltd).

Anugerah tersebut disampaikan Pengurus Aset Talisman Malaysia (Ltd) Sabah, Ducan Smart di sebuah hotel di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Menurut Ducan, biasiswa tersebut merupakan salah satu program pendidikan dan pembangunan modal insan yang menjadi teras kepada tanggungjawab sosial korporat Repsol.

“Syarikat kami akan meneruskan usaha ini untuk  meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran berkaitan  bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” ujarnya.

Jelas beliau, biasiswa Repsol menyediakan pembiayaan kewangan antara RM30,000 hingga RM 35,000 bagi setiap jurusan meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup dan pembelian komputer.

“Program ini juga turut menyediakan peluang latihan industri khas untuk pelajar-pelajar tajaan biasiswa Repsol,” tambah Ducan.

UMS merupakan antara empat universiti yang terlibat dalam program biasiswa Respol bersama Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Oleh Salbinous Saribun

ISNIN, 14 MAC - Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memainkan peranan sebagai pusat pengajian tinggi melalui perkongsian ilmu dan hasil penyelidikan kepada masyarakat.

Terbaru, UMS melalui Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) menganjurkan Program Rakan Borneensis UMS 2016 melibatkan 30 pelajar dari lima sekolah menengah di Sabah.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, program selama tiga hari itu bertujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai warisan alam semula jadi.

“Program yang dilaksanakan dengan menggunakan koleksi spesimen biodiversiti adalah mustahak untuk memotivasikan golongan muda melibatkan diri dalam pemuliharaan alam dan penyelidikan pada masa akan datang,” ujarnya ketika merasmikan penutupan program tersebut.

Beliau berkata, Sabah sememangnya terkenal sebagai pusat biodiversiti utama dunia dengan kawasan pemuliharaan terbesar Malaysia seluas lebih 400,000 hektar.

“Justeru, IBTP UMS sebagai salah sebuah pusat kecemerlangan universiti memikul tanggungjawab menyerlahkan kemantapan penyelidikan dalam bidang biodiversiti dan juga keberkesanan Pendidikan Alam Sekitar untuk manfaat masyarakat setempat dan antarabangsa,” tambah Datuk Harun.

Lima buah sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas, SMK Tebobon, SM St. Michael, SM All Saints dan SMK Arshad.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Zaki Tun Azmi; Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Jame Alip dan Pengarah IBTP, Prof. Dr. Charles Vairappan.

JUMAAT, 11 MAC - Universiti Malaysia Sabah (UMS) selaku universiti EcoCampus terus memberi pendedahan budaya sihat dan cergas dalam kalangan warganya.

Menyahut kepada usaha itu, Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) telah mengubah suai sebahagian daripada aras bawah bangunannya dan membina gimnasium yang dilengkapi bilik mandi dan tandas.

Dikenali sebagai Rehab & Fitness Centre (RFC), Pegawai Belia dan Sukan FPP, Nor Eeza Zainal Abidin berkata, gimnasium yang beroperasi sejak 2013 itu menawarkan beberapa program seperti program kecergasan, rehabilitasi, jurulatih peribadi dan sewaan basikal.

“Gimnasium ini dibuka kepada kakitangan dan pelajar UMS termasuk orang ramai dengan kadar bayaran yang minima,” katanya sambil memberitahu kadar bayaran untuk ahli dan bukan ahli atau sekiranya menggunakan perkhidmatan jurulatih peribadi adalah berbeza.

Ujarnya, RFC dibuka setiap hari bermula pukul 6.00 pagi – 10.00 malam, Sabtu pukul 4.00 - 7.00 petang, manakala ditutup pada setiap Ahad dan cuti umum.

Sebarang Maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di talian 013-3777769 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.FL (SS)

FRIDAY, 11 MARCH – The Borneo Marine Research Institute (IPMB) of Universiti Malaysia Sabah (UMS) has successfully spawned naturally in captivity the Tiger Grouper x Giant Grouper (TGGG) brood stock (F1 Generation)  for the first time, yielding high quality eggs and larvae (F2 generation of hybrid).

This is a journey of 10 years of sustained efforts on brood stock management and intensive research to develop the closed cycle TGGG.

According to the Director of IPMB, Professor Dr. Rossita Shapawi, the institute has progressed from the first-in-the-world production of hybrid of TGGG in 2006.

“The approach and technology developed at our fish hatchery has since been adopted across many grouper industries in Southeast Asia and contributed to the sustainability of seed production and hence economic viability of this enterprise.

“The hybrid has many attributes including fast growth, higher resilience to environmental variations, better disease resistance and excellent organoleptic quality,” she said.

To date, 100 million eggs of F2 TGGG hybrid have been harvested from 5 batches of spawning at IPMB’s fish hatchery.  The hatching rate of F2 hybrid TGGG is remarkably high ranging from 95% to 98%, reflecting a strong possibility of resilience that heterosis could have imparted.

“The survival rate is as high as 40% and all larvae and early juvenile of the F2 generation are taken care of and remain under intensive investigations,” she added.

IPMB is also in partnership with Kinki University, a leader in Japan in the aquaculture industry that will help to strengthen the grouper research and its commercialisation.

“I am please to invite the corporate sector to be partner in our economically viable aquaculture programmes,” Professor Dr. Rossita concluded. – FL

Source: Flora Anne Asalin, Curator (IPMB)