ISNIN, 8 MEI – Persembahan teater muzikal “Kes Asylum” yang dianjurkan oleh pelajar tahun 2 Program Hubungan Antarabangsa, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya memukau lebih 200 penonton di Dewan Auditorium Pascasiwazah, UMS baru-baru ini.
Menurut Pengarah Persembahan, Mohamad Sharizal Murat, teater itu merupakan tugasan berkumpulan yang akan dinilai di bawah Kursus Undang-undang Awam Antarabangsa dibawah bimbingan Pensyarah Kanan FKSW, Marja Azlima Omar
“Persembahan teater ini mengisahkan Kes Asylum (Columbia V Peru 1950) ICJ Rep 266 yang dijayakan dengan kreatif oleh pelajar-pelajar yang menjiwai watak masing-masing dengan penuh penghayatan,” jelas Sharizal.
Justeru, bagi pihak pelajar tahun 2 Hubungan Antarabangsa beliau berharap, persembahan teater itu dapat memberi kefahaman kepada orang ramai bagaimana Kes Asylum telah dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa selain menyedarkan orang ramai akan kepentingan Undang-undang Awam Antarabangsa (UUA) dan memahami bagaimana UUA diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
Hadir sama pada program itu, Dr. Teuku Arfizal Anwar, Dr Ayesah Uy Abu Bakar dan Abdul Latif Lai yang juga merupakan Pensyarah-pensyarah Kanan, FKSW.



JUMAAT, 5 MEI – Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalin kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia menerusi Majlis Menandatangani Surat Niat (LoI) sempena Majlis Penutupan Kursus Kaunseling Penyalahgunaan Dadah yang diadakan di Dewan Theatrette, UMS Labuan, baru-baru ini.
JUMAAT, 5 MEI - Karya pelajar tahun akhir program Seni Visual Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Faezah Nor Saddi dinobatkan sebagai Dokumentari Terbaik pada Flicks Fiesta SEA 2017 yang berlangsung di KDU Penang University College, baru-baru ini.
KHAMIS, 4 MEI – Bengkel Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis menjadi medan mahasiswa Kolej Kediaman E mengetengahkan bakat terpendam dalam diri masing-masing.
RABU, 3 MEI - Pertandingan Kesenian Interkolej anjuran Bahagian Kebudayaan dan Kesenian Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) ditutup dengan rasminya dalam satu majlis yang gilang-gemilang di Anjung Circle, HEP baru-baru ini.