BELAJAR @ UMS

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Asasi kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Ijazah Sarjana Muda kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Master kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Kedoktoran kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program Pelajar Antarabangsa kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

Kami mengalu-alukan anda untuk meneroka
program UMSFLEC kami

KeperluanProgramMohon sekarang !

 

 

PENYELIDIKAN & INOVASI

Institut Penyelidikan

Pusat dan Unit Penyelidikan

Pencapaian Penyelidikan

Kemudahan Penyelidikan

Suapan tidak dijumpai

 SOROTAN UMS


Risiko Integriti: Ancaman Senyap Terhadap Tadbir Urus Universiti

20 Jun 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 2/2025] Oleh : Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS Dalam dunia pengurusan awam dan institusi pendidikan tinggi, risiko integriti semakin menjadi isu yang menuntut perhatian serius. Integriti...

Rasuah: Musuh Dalam Selimut di Institusi Pendidikan

13 Jun 2025

[ARTIKEL BIUMS Siri 1/2025] Oleh : Darwis Awang, Pengarah Bahagian Integriti UMS “Rasuah adalah musuh dalam selimut. Ia perlahan-lahan merosakkan kepercayaan dan integriti sesebuah institusi dari dalam.” Begitulah hakikat yang...

Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal UMS Pemangkin Industri Halal Sabah

26 Mei 2025

Industri halal Malaysia dijangkakan berkembang kepada US$113.2 bilion menjelang 2030 dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus pada tahun 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP)...

Adakah Tarif AS Terhadap Malaysia, Satu Ancaman atau Satu Panggilan Sedar?

21 April 2025

Artikel Oleh: Prof. Madya Dr. Caroline Geetha A/P B. Arokiadasan, Felo Penyelidik, Pusat Pembangunan dan Perancangan Ekonomi, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan, Universiti Malaysia Sabah Apabila Amerika Syarikat mengumumkan tarif...

Pengukuhan Nilai Ringgit Tidak Berlaku Dengan Sendiri

21 Ogos 2024

(Utusan Malaysia, 21 Ogos 2024) BEBERAPA hari lalu, media massa melaporkan dua berita penting dalam bidang ekonomi negara. Pertama ialah pengukuhan Ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Amerika Syarikat (dolar AS)...

Memikir Ulang Hari Kebangsaan, Memaknakan Hari Sabah

16 Ogos 2024

Oleh: Dr. Eko Prayitno Joko, Ketua Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah. Dari terjajah kepada merdeka. Dari Persekutuan Tanah Melayu ke Persekutuan Malaysia. Dari Hari Kebangsaan...

Ekspedisi Pulau Layang-Layang: Meneroka Khazanah Sumber Alam Dan Keindahannya

24 Mei 2024

Oleh: Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, Profesor dan Felo Utama di Pusat Penyelidikan Pulau-Pulau Kecil (SIRC), Universiti Malaysia Sabah Pengenalan Pulau Layang-Layang merupakan salah satu daripada pulau milik Malaysia...

Menggali Potensi Peluang Kerjaya Melalui Pendidikan TVET

21 Mei 2024

Oleh: Profesor Madya Dr. Mohd Sani Sarjadi, Timbalan Pengarah (Strategik dan Pembangunan) Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains, UMS Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ialah suatu proses pendidikan dan...

Risiko Buasir: Elakkan Tabiat Buruk Membawa Peranti ke Tandas

13 Mei 2024

Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Firdaus Mohd Hayati, Pensyarah Perubatan dan Pakar Bedah Am, Universiti Malaysia Sabah Kesibukan dalam urusan harian menyebabkan kita kerapkali cuba untuk mencuri masa untuk menyelesaikan...

Miyolon Ensambiyan Aidilfitri 2024 Kg. Darau Manggatal Model Masyarakat Madani Berteraskan Perpaduan Rakyat Yang Lestari

12 April 2024

Oleh Dr. Jakaria Dasan, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat Miyolon adalah kosakata Bahasa Dusun yang sama maksudnya dengan ensambiyan dari kosakata Bahasa BajauSama. Kedua-duanya merujuk kepada pertukaran barang dari satu pihak...

Najis Berdarah: Jangan Dipandang Enteng

08 April 2024

Oleh: Prof. Madya Dr Mohd Firdaus Mohd Hayati, Pensyarah Perubatan dan Pakar Bedah Am, Universiti Malaysia Sabah “Doktor, saya sudah satu bulan membuang air besar berdarah. Cuma, disebabkan ia tidak...

UMS Santuni Komuniti Edu-Tourism Kg Sayap Kota Belud

26 Februari 2024

Oleh Dr. Jakaria Dasan, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMS menerusi Pusat Komunikasi Korporat meneruskan misi mendekati komuniti luar bandar di Kg Sayap Kota Belud pada 24 dan 25 Februari 2024....

Koleksi Digital Serambi Ilmu Rakyat

Koleksi Digital Serambi Ilmu Rakyat

on 20 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS Koleksi Digital Serambi Ilmu Rakyat KOLEKSI...

Notis Makluman Kerja-Kerja Penyelenggaraan Di Lobi Utama, Blok Selatan, Bangunan Canselori UMS

Notis Makluman Kerja-Kerja Penyelenggaraan Di Lobi Utama, Blok Selatan, Bangunan Canselori UMS

on 20 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Unit Infra, Pejabat Canselori NOTIS MAKLUMAN Dimaklumkan bahawa...

Kajian Kepuasan Pelanggan Perpustakaan UMS

Kajian Kepuasan Pelanggan Perpustakaan UMS

on 20 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia...

Kajian Kepuasan Pelanggan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan

Kajian Kepuasan Pelanggan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan

on 20 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan Kajian Kepuasan Pelanggan...

Edaran Risalah Jumaat Pusat Islam UMS Edisi 2/2025

Edaran Risalah Jumaat Pusat Islam UMS Edisi 2/2025

on 20 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS EDARAN RISALAH JUMAAT PUSAT ISLAM...

Pesta Buku Labuan 2025

Pesta Buku Labuan 2025

on 20 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Penerbit UMS 📚 PESTA BUKU LABUAN 2025 💬...

Jenis-Jenis Rasuah Yang Sering Berlaku Di Kampus: Tanggungjawab Kita Cegah

Jenis-Jenis Rasuah Yang Sering Berlaku Di Kampus: Tanggungjawab Kita Cegah

on 20 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Bahagian Integriti UMS JENIS-JENIS RASUAH YANG SERING BERLAKU...

What Count As E-Waste

What Count As E-Waste

on 19 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus dengan kerjasama Social Enterprise Research...

Penyertaan Infak HELWA Pusat Islam UMS

Penyertaan Infak HELWA Pusat Islam UMS

on 19 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS PENYERTAAN INFAK HELWA – PUSAT...

Pembaharuan Pinjaman Bahan Perpustakaan Secara Dalam Talian

Pembaharuan Pinjaman Bahan Perpustakaan Secara Dalam Talian

on 19 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS PEMBAHARUAN PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN SECARA DALAM...

Pemilihan Pemain Badminton UMS Sempena Piala Setiausaha Persekutuan Sabah 2025

Pemilihan Pemain Badminton UMS Sempena Piala Setiausaha Persekutuan Sabah 2025

on 19 Jun 2025

Pengumuman Daripada: Pengurus Pasukan Badminton UMS Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti...

Blood Donor Drive 2.0 HUMS

Blood Donor Drive 2.0 HUMS

on 19 Jun 2025

Announcement From: Hospital UMS

Berita

Rencana

Hebahan

 KAMPUS @ UMS


Pas mampu bina muafakat politik di Sabah

Pelantikan Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan sebagai antara enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, menimbulkan polemik baharu dalam politik Sabah.

Di sebalik pujian ia sebagai langkah wajar Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor kerana PAS antara parti politik menganggotai Perikatan Nasional (PN), reaksi berbeza diberikan pihak pembangkang. DAP dan PKR Sabah menganggap ia tidak sepatutnya berlaku.

Mereka melihat PAS sebagai parti politik ekstrem berteraskan agama yang tidak sesuai dengan keadaan masyarakat dan budaya di negeri ini. Kehadirannya dalam politik dan DUN Sabah didakwa akan memecahbelahkan masyarakat Sabah yang berada dalam keadaan toleransi tinggi.

Dakwa mereka lagi, masyarakat Sabah tidak boleh menerima prinsip dan falsafah politik PAS berteraskan agama yang ekstrem. PAS juga tidak bertanding dalam mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas dan tidak mendapat sokongan penduduk Sabah kerana tidak pernah memenangi sebarang kerusi pada mana-mana pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak tepat jika PAS dikatakan parti politik ekstrem. Perubahan sudah banyak berlaku dalam amalan dan falsafah PAS. Sejak awal, parti itu mampu menyesuaikan pelbagai keadaan dan pertubuhan politik.

Sejak akhir 1950-an, PAS pernah bekerjasama dengan Parti Negara dan Parti Rakyat Malaya. Awal 1970-an, ia bekerjasama dengan UMNO dan semua parti utama bukan Melayu dalam komponen Barisan Nasional (BN). Pada 1990-an, PAS bekerjasama dengan Parti Semangat 46. PAS juga pernah bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Tidak dinafikan teras perjuangan PAS berpaksikan prinsip Islam, tetapi bukan apa diistilahkan sebagai prinsip ‘tertutup’ hingga tidak boleh menerima pandangan orang luar. Jauh sekali menolak prinsip positif yang boleh membawa kerjasama dan muafakat positif demi kestabilan negara.

Pemilihan Aliakbar sebenarnya pilihan tepat sebagai antara ADUN dilantik mewakili PAS. Pengalamannya dalam PAS tidak dinafikan, manakala darjah kematangan diakui. Berpengalaman sebagai pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberi asas positif kepada peranan bakal dipegangnya.

Kelayakan Ijazah Doktor falsafah dalam kajian Pembandaran dan Pembangunan besar faedahnya kepada sumbangan pembangunan Sabah serta kestabilan politik amnya.

Alasan menafikan perlantikan Aliakbar sebagai ADUN dilantik bersandarkan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh mengenai hal berkaitan Kitab Injil dan Kristian, adalah tidak wajar. Apa di nyatakan Nik Muhammad Zawawi bukan kenyataan rasmi PAS sebagai parti politik.

Perlantikan Aliakbar harus dilihat dari sudut PAS sebagai parti komponen PN dan semangat kerjasama. Apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam PRN baru-baru ini, kemenangan itu tidak boleh hanya dilihat sebagai kemenangan PN, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) semata-mata. Ia harus dilihat kemenangan semua parti politik dalam GRS, termasuk PAS. Pada pilihan raya lalu, ahli PAS turut berjuang menjamin kemenangan GRS. PAS tidak bertanding pada mana-mana kerusi, tetapi alasannya memberi peluang kepada parti komponen serta alasan tempatan yang patut diterima PAS serta semangat toleransi antara parti komponen. Apabila GRS menang, wajar semua anggota parti komponen diberikan peluang dalam politik dan DUN Sabah. Satu kerusi wajar bagi PAS sebagai parti memberikan peranan sedemikian. Semangat dan falsafah kerjasama antara semua anggota parti politik bernaung di bawah payung sama penting dan perlu diterapkan.

Ruang lantikan diberikan kepada PAS ini sangat penting bagi kerjasama dan sokongan berterusan parti itu kepada GRS khususnya PN. Andainya PAS langsung tidak diberi peluang dalam politik dan pentadbiran Sabah dengan saluran ADUN dilantik, kesan dan sokongan kurang baik oleh ahli PAS kemungkinan akan berlaku pada masa depan.

Aliakbar pasti akan bertindak sebagai anggota komponen PN dan bukan sebagai ahli PAS yang tertutup. Sebagai anak Sabah, pasti beliau memahami apa akan dilakukannya. Ini membuka peluang kepada Aliakbar dan PAS Sabah mewarnai apakah parti PAS sebenarnya tanpa keluar daripada falsafah payung besar PN dan GRS.

PAS mampu memainkan peranan dalam masyarakat Sabah yang berbilang kaum dan agama. Islam itu sesuai dengan semua zaman dan keadaan. Semangat maju jaya bagi PAS Sabah membina wajah dan peranan baharu dalam politik Sabah sebagai antara anggota PN dan Gabungan Rakyat Sabah.

Harapan besar PAS memberi sumbangan besar dalam membina muafakat politik berkat dan kestabilan politik negeri dan negara yang utuh.

PERISTIWA AKAN DATANG

FOLLOW US @

QUICK LINKS

OTHER LINKS